
Suasana selepas hujan...




Di Homestay Jeruju, Mukim Jerlun, Kubang Pasu, Kedah,program inap desa kampung ini yang berada di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelancong tempatan dan asing termasuk dari Korea dan Jepun.
Kampung yang namanya diambil daripada nama pokok itu pernah dilanda tragedi hakisan pada tahun 1990. Ancaman yang menenggelamkan kampung di sepanjang pantai Jeruju itu sekali gus membuatkan penduduk resah.
Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah mengambil langkah mewujudkan penempatan semula. Sehingga kini, terdapat seramai 304 penduduk di kampung berkenaan yang dibangunkan dengan pelbagai program termasuk inap desa.