I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 18, 2012

Majlis Konvokesyen ke 25 Universiti Utara Malaysia 6-10 Oktober 2012

Dah 8hari rupanya majlis konvokesyen aku berlalu..cepatnya..Sedihnya..sedih bila mengenangkan yg aku sudah bergelar graduan UUM dan sedih meninggalkan kehidupan di universiti yg memberikan byk kenangan pahit dan manis..Majlis konvokesyen aku diadakan pada 10-10-12 iaitu pada hari Rabu utk sesi yg ke 9 iaitu sesi yg terakhir.Bermula pada pukul 8.30-12.30 pm..Jadi kepada semua graduan kami diminta utk berkumpul di DTSO sebelum pukul 7am..Semua graduan diminta utk berkumpul di DTSO untuk sesi rehearsal dan pada wktu itu jgak petugas akan memeriksa graduan yang tidak mematuhi arahan yg telah ditetapkan dalam convocation guide..Jadi harus diingatkan pakaian perlulah sopan dan yg paling penting kasut haruslah berwarna HITAM dan BERTUTUP..bertumit atau flat itu tidak kisah..angin jugak ak bila tahu yg kasut flat boleh dipakai kerana sblom ni aku dengar hanya kasut bertumit yg tidak lebih dari 1.5inci saja yg diwajibkan kalau tidak petugas akan meminta kita utk menukarnya..mau banyak juga la kedai kasut yg ak terjah semata2 utk mencari kasut yg bertumit yg berwarna hitam..bila dah jumpa yang berkenan saiz pula yg tak ada..mata aku ni menjeling je tgk kasut2 flat hitam yang cantik2..hurmmm..dan jangan mengada2 nk pakai sandal atau kasut yg berwarna lain..sebab time aku konvo pun ada jugak org yg xreti bahasa memakai kasut macam itu..apalagi petugas minta dia tukar sewaktu dalam Dewan Mas..entah kasut siapalah yang dia tukar tu.. Dan aku nak ingatkan jangan lupa untuk membawa pin kecil untuk dipakai di atas selepang sebab selepang mmg mudah melurut jatuh kalau x pasangkan pin @ jarum..kepada graduan perempuan jangan lupa utk pasangkan pin di topi dan pastikan pakai serkup @ cekup supaya mudah utk dipasangkan di tudung.Ini kerana topi akan terjatuh kalau kita berlaga dgn org sebelah sebab nanti dalam DMAS kita duduk dekat dgn kawan2 kita dan bila tertoleh topi kita akan berlaga dan mudah terjatuh..topi aku pun sering berlaga dengan org sebelah bukan sahaja dengan org sblh dgn org blkg yg bangun utk ke tandas pun selalu jgk nasib baik dah dipasangkan pin. Kami juga di ajar cara utk naik ke pentas utk menerima ijazah..Tapi time aku aritu tiada tanda pangkah yg dilekatkan di atas pentas jadi petugas di tepi pentas sudah memberi arahan supaya kami pandai2 mengambil jarak ketika berdiri dan beratur di blkg kawan kita jangan terlalu dekat & terlalu jauh..Kita berjalan utk menerima ijazah ketika nama di panggil dahulu dan yang paling penting senyum kerana muka kita akan dipaparkan di skrin di kiri dan kanan dalam DMAS..dan bila berjalan utk turun tu pun jgn lupa utk senyum sebab gambar kita akan diambil..gambar itulah yang aku bayaq sebanyak 75 hinggit..mahal siot..dulu punya konvokesyen just 45hinggit jer..jadi utk nampak supaya berbaloi dgn harganya kita perlulah senyum dari naik pentas sampaila turun pentas..lupa plak nak cerita pasal masuk DMAS..selepas rehearsal di DTSO kami semua berjalan keluar menuju ke DMAS mengikut kos.Sesi penerimaan ijazah diberi mengikut kelas dan abjad nama..aku penerima ijazah utk kelas kedua keatas dan org no 5 utk mengambil ijazah...awal tuuu..Bila masuk ke DMAS kami diiringi oleh muzik gamelan dan berjalan di hadapan ibu bapa utk menuju ke tempat duduk masing2..Ntah begitu terperinci aku cerita pasal majlis konvokesyen aku ni..Almaklum la sekali dalam seumur hidup..klau nk berkali2 ak kna sambung ambik master ngan PHD la..seriously aku cakap aku xbaper nak nervous pun time berdiri atas pentas utk menerima ijazah..x rasa pun seperti nak terkencing atau terberak iaitu perasaan yang wajib aku rasa klau aku nervous..ok setakat ini saje aku nak kongsi my experience during my convocation day..THANKSSS..